BERITA UTAMA


Berita Utama PPBM

Sumber PPBM Media Team
19/10/2017

LEBIH 10,000 HADIR SAMBUTAN ULANGTAHUN PERTAMA PPBM

9 SEPTEMBER - Kemeriahan Sambutan Ulangtahun Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Himpunan Rakyat Bermaruah) di Muar semalam berjaya menarik lebih 10 ribu rakyat dan ahli untuk hadir ke majlis ini.

Sambutan ini bermula disebelah pagi dengan pelbagai program dianjurkan oleh sayap PPBM iaitu Armada dan Srikandi dan kemuncak sambutan ulangtahun disebelah malam.

Kehadiran Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin dan Yang Berhormat Dato Seri Mukhriz tepat jam 8.15 malam menggamatkan dewan dengan sorakan dan laungan dari rakyat.

Turut hadir adalah barisan Kepimpinan Pakatan Harapan seperti Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ketua Menteri Pulau Pinang dan ramai lagi.