Bersatu Bachok masuk kampung hulur bantuan

Program Prihatin rakyat Ketua Bersatu Bahagian Bachok Hj.Zulkifli Hj.Zakaria yang turun sendiri dari rumah ke rumah bagi mengagih2kan bekalan makanan kepada masyarakat kampung Jelawat Tengah Bachok telah disempurnakan bersama2 ketua Cawangan Jelawat Tengah En. Mohd Hj.Salleh dan AJK2 bahagian.

Pendekatan KB Bachok dan AJK2 Bahagian yang sentiasa prihatin dan berusaha menjaga kebajikan masyarakat tidak disangkal lagi dan telah menjadi keutamaan Bersatu Bachok di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berusaha menjalankan amanah dan tanggunjawab kepada rakyat Bachok khususnya.

Dalam suasana negara yang sedang bergelut dengan pelbagai masalah seperti masalah banjir, pandemik penyakit covid19 dan permasalahan yang lain sentiasa menjadi agenda utama dan tidak terlepas dari perhatian YAB Perdana Menteri yang dilihat bersungguh-sungguh membantu setiap lapisan masyarakat.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami dalam menjalankan tugas dan amanah.

“Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”