PTPTN Mengajak Masyarakat Menabung

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Wan Saiful Wan Jan hari ini menunaikan solat Jumaat bersama kariah Masjid Al-Mukhlisin Alam Damai, Cheras di sini.

Program bersama penduduk setempat itu bukan sahaja bagi mengeratkan silaturahim malah turut diselitkan maklumat kesedaran pentingnya menabung dalam kalangan masyarakat

Pada program itu PTPTN berkesempatan menyumbang buah tangan kepada para jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat.

Program tersebut turut dihadiri imam bertugas, ustaz Ahmad Burhanuddin dan bilal Tarmizi Taib

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Hanifuddin Roslan, Pengerusi Masjid Al-Mukhlisin, Mohd. Shahni Ismail, Pengerusi MPP Bandar Tun Razak, Datuk Seri Izwan Shah selaku AJK Masjid, Ketua Penerangan BERSATU bahagian, Mohd. Sukeri Abd. Samat dan Pengurus Besar PTPTN Wilayah Persekutuan,  Ahmad Shahril @Muhammad Shahril Ghazali.