Kenapa PPBM Ditubuhkan



Malaysia, di bawah pemerintahan Barisan Nasional sedang Berhadapan dengan krisis kepimpinan dan keruntuhan institusi yang merosakkan negara. Justeru PPBM ditubuhkan untuk:

  1. Memberikan perhatian kepada reformasi institusi untuk mengembalikan integriti didalam pentadbiran negara.


  2. Mengembalikan semula demokrasi dan kedaulatan undang-undang yang telah dinafikan dan disalahguna.



  3. Memuliakan pemisahan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman.



  4. Berjuang untuk menambahbaik prestasi Kerajaan dan memberi kehidupan yang lebih baik buat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum an agama.



  5. Mengembalikan penghormatan dan sanjungan dunia terhadap Malaysia dan rakyatnya.



  6. Bekerjasama dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan yang mempunyai aspirasi dan prinsip sehaluan dalam usaha membentuk kepimpinan Kerajaan yang lebih baik, demi kepentingan Negara dan Rakyat Malaysia.


Connect with us