KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

  1. BERSATU menjunjung kasih atas titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menasihati rakyat, khususnya ahli-ahli politik, agar bermuhasabah supaya negara ini tidak sekali lagi diheret ke kancah politik yang tidak menentu.
  2. Terkini kita melihat betapa dua ahli politik veteran yang telah sekian lama mengidamkan jawatan Perdana Menteri Cuba mencipta krisis baru tatkala YAB Perdana Menteri bersungguh-sungguh menjaga kebajikan dan nasib rakyat. Ada juga oportunis yang mengambil peluang membawa undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri.
  3. Saya faham ada ahli politik tertentu yang memang mahu merebut kuasa politik. Tetapi sekarang bukan waktu untuk berkelakuan sebegitu dan saya yakin tindakan mereka bertentangan dengan apa yang dikehendaki Oleh majoriti rakyat kini. Sepatutnya kita memerangi COVID-19 dengan mewujudkan kesatuan politik rentas parti (cross-partisan), bukan mencipta perpecahan untuk faedah peribadi.
  4. YAB Perdana Menteri telah menunjukkan contoh terbaik dengan memberi fokus kepada menjaga nasib rakyat dan memastikan ekonomi negara dapat dibina dengan penuh integriti dan komitmen. Fokus ahli-ahli politik hari ini juga sepatutnya adalah kebajikan rakyat, bukan berebut jawatan atau sengaja merosakkan kestabilan dan ekonomi negara.
  5. Semua pihak sepatutnya menjaga kesatuan ummah yang wujud hari ini. Rakyat memerhati dan menilai orang politik mana yang mahu menjuarai nasib mereka, dan orang politik mana yang mahu membolot kuasa untuk menjaga diri sendiri.
  6. Ahli-ahli BERSATIJ diseru terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membina dan menjaga perpaduan ummah yang wujud hari ini. Kita tunjukkan contoh akhlak politik yang baik kerana rakyat sedang menilai adakah kita benar-benar mahu berkhidmat atau ada kepentingan lain. Sekiranya perpaduan ini rosak, yang akan mendapat manfaat hanyalah musuh politik kita.


YBHG. ENCIK WAN SAIFUL WAN JAN
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)

16 Oktober 2020