KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

1. Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 23 November 2020 telah membincangkan usaha-usaha kerajaan membendung penularan pandemik COVID-19 dalam negara dan hal-hal berkaitan pentadbiran serta pengurusan parti.

2. Dalam mesyuarat tersebut, MPT kekal menyokong penuh Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Mohd. Yassin dan menyeru semua pihak untuk terus menyokong serta mempertahankan belanjawan tersebut.

3. Dalam hal berkaitan pengurusan parti, MPT telah memutuskan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi tahun 2020 akan dilaksanakan secara maya buat pertama kalinya melalui sidang video (video conference) pada 28 November 2020.

4. Persidangan atas talian tersebut akan disertai oleh para perwakilan PAT dari seluruh negara di Iokasi-lokasi seperti berikut:

5. Mesyuarat MPT juga telah memutuskan untuk mengangkat cadangan bagi meminda perlembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baharu ahli bersekutu BERSATU ke Persidangan Agung Tahunan 2020.

6. Selain merupakan wadah utama di semua peringkat, Perhimpunan Agung Tahunan kali ini juga akan membincangkan hala tuju dan dasar parti dalam aspek ekonomi, politik serta kesejahteraan rakyat.

YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia 

24 November 2020