KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengalu-alukan hasrat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Parti BERSATU sebagai Ahli Biasa ataupun Ahli Bersekutu.

Berhubung penyertaan ahli baru dalam kalangan bukan bumiputera, Perlembagaan BERSATU sedia ada telah pun memperincikan perihal berkaitan Ahli Bersekutu seperti dalam Fasal 7 (Keahlian), Fasal 8 (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli).

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti.

Oleh yang demikian, kenyataan dari beberapa pihak yang mendakwa BERSATU telah lari daripada matlamat asal dengan membuka keahlian kepada bukan bumiputera adalah tidak tepat.

Sebagai sebuah parti politik yang berpandangan jauh dan inklusif, BERSATU mengiktiraf sumbangan serta peranan Ahli Bersekutu dan akan terus memperkasakan penglibatan dalam kalangan mereka dari semasa ke semasa.



YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia 

30 Ogos 2020