KENYATAAN MEDIA
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menyempurnakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-3 pada 28 November 2020.

Bagi mengekang penularan COVID- 19 dalam kalangan perwakilan yang layak hadir, perhimpunan tahun ini diadakan sepenuhnya secara maya dan mematuhi SOP yang ditetapkan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.

Perhimpunan Agung tahun ini telah disertai oleh 502 orang perwakilan dari semua peringkat dan penganjuran perhimpunan ini tetap diteruskan bagi memenuhi tuntutan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Perlembagaan BERSATU.

Bagi PAT ke-3, sebanyak 171 bahagian Serta 2.579 cawangan telah bersidang. Berdasarkan rekod, jurnlah keahlian semasa BERSATU adalah sebanyak 508.725 Ohli berbanding 222.980 ahli ketika PAT ke-2.

Selain daripada meluluskan usul-usul yang menyentuh aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. Para perwakilan telah sebulat suara meluluskan cadangan pindaan pertembagaan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pindaan Pertembagaan, term asuklah pindaan periembagaan parti bagi tujuan penubuhan sayap baru Ahli Bersekutu.

Pindaan perlembagaan tersebut bakal mengukuhkan lagi struktur organisasi dan kekuatan akar umbi BERSATU di semua peringkat. Selain membuktikan keterbukaan dan keterangkuman parti meliputi aspek keahlian mahupun dasar parti.

Selain itu, PAT ke-3 juga telah menentukan hala tuju BERSATU untuk mengukuhkan peranan dan penglibatan parti dalam Perikatan Nasional di samping membuktikan kesediaan kepimpinan parti untuk memperkasakan kerjasama politik antara parti-parti sekutu Perikatan Nasional seperti BN, GPS dan GRS.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengucapkan terima kasih kepada para perwakilan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan bersejarah semalam. BERSATU yakin bahawa dasar-dasar yang telah dipersetujui dalam PAT ke-3 bakal meniupkan roh perjuangan yang segar dalam kalangan ahli-ahli BERSATU untuk terus istlqamah dalam agenda membela agama, bangsa dan tanah air.

YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung
Parti Pribumi Bersatu Malaysia 

30 November 2020